5 Doa Mustajab IbuBapa Kepada Anak-Anaknya
Aisy Arasy Aysara
October 16, 2018
1 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
1. Doa Nabi Zakaria Untuk Zuriat Yang Baik
Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak
sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan
sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung
dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi
Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai
diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.
(Surah Al Imran Ayat 138)
Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’
Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan”.
2. Doa Untuk Anak Agar Diberi Rahmat
Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan
kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan
untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
(Al-Ahqaaf Ayat 15)
“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa
`Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika
Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya
tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada
ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau
redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa
zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan
sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
3. Doa Untuk Anak Agar Dilembutkan Hatinya
Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah
melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika
mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.
Surah As-Syuura Ayat 19
“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta
melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
4. Doa Untuk Anak Agar Rajin Solat
Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
Surah Ibrahim Ayat 40
Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’.
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
5. Doa Supaya Dikurniakan Anak Yang Mentaati Perintah Allah
Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.
Surah Al-Baqarah Ayat 128
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan
muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta
tawwabur rahiim.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua:
orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah
daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan
tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan
terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi
Maha Mengasihani
Sumber: Sirap Limau