Follow Us @soratemplates

Tuesday 13 November 2018

Cerita Konvokesyen Tadika Arasy Zakwan

November 13, 2018 1 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah… Pagi tadi berkesempatan meraikan Hari Graduasi anak kedua, Arasy Zakwan yang berlangsung di SK Cyberjaya (Sekolah Kluster Kecemerlangan, Program Sekolah Amanah). Selaku Mommy dan Daddy Arasy, kami bangga. 
 
Tamatlah sudah sessi pembelajaran Arasy di Tadika. Tahun depan, Arasy akan masuk ke sekolah rendah dan akan lebih banyak perkara yang dia akan harungi.  Semoga Arasy akan lebih berjaya di masa akan datang. InsyaAllah, doa dari Ibu dah Ayah tidak pernah lekang buatmu, anak-anak.
 
Ni sebahagian dari gambar kenangan yang diambil sewaktu majlis berlangsung. 









Tuesday 16 October 2018

5 Doa Mustajab IbuBapa Kepada Anak-Anaknya

October 16, 2018 1 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

1. Doa Nabi Zakaria Untuk Zuriat Yang Baik

Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

al-imraan-138
(Surah Al Imran Ayat 138)

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’

Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2. Doa Untuk Anak Agar Diberi Rahmat

Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
doa untuk anak
(Al-Ahqaaf Ayat 15)

“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

3. Doa Untuk Anak Agar Dilembutkan Hatinya

Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.

doa untuk anak
Surah As-Syuura Ayat 19

“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4. Doa Untuk Anak Agar Rajin Solat

Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
ayat-40-surah-ibrahim
Surah Ibrahim Ayat 40

Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’. 
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

5. Doa Supaya Dikurniakan Anak Yang Mentaati Perintah Allah

Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.

al-baqarah-128
Surah Al-Baqarah Ayat 128

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

 
Sumber: Sirap Limau